Tuesday, July 27, 2010

Monyet dan Pisang Siri 3

Monyet dan Pisang Siri 3… YEAH YEAH!!!...


Selepas melihat kematian abangnya dan telah cedera parah ditumbuk oleh salah seorang musuh ketua mereka, angga telah diselamatkan oleh kekuratua yang diseru oleh abangnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Angga bersama-sama kekuratua dan senjata identiti abangnya telah melarikan diri dan bersembunyi didalam tanah dengan bantuan dan kemahiran yang ada pada kekuratua. Melihat angga dan kekuratua telah melarikan diri dengan menggali tanah dan menutupnya semula, saiyu iaitu menteri yang telah membunuh abang angga pun mengarahkan pengikut-pengikutnya untuk menggali dan menjejaki kesan yang ditinggalkan oleh kekuratua tersebut dengan harapan untuk merampas senjata identiti yang dilarikan bersama-sama mereka.

Mengetahui yang saiyu dan askar-askarnya sedang mengikuti mereka, kekuratua terus bergerak dengan laju tanpa menutup kembali lubang yang digalinya untuk menjarakan lagi jarak diantara mereka dan askar-askar saiyu. Dengan keadaan kekuratua yang perlahan itu dia terpaksa naik ke atas permukaan yang penuh dengan hutan rimba dan meletakan angga bersama dengan Pisang Emas (senjata identiti abang angga) didalam sebatang pokok yang mempunyai rekahan yang amat sesuai untuk bersembunyi. Selepas meletakan Angga dan Pisang Emas, Kekuratua pun kembali semula kebawah tanah dan berpatah balik mengikut jalan yang telah ia lalui. Tujuan Kekuratua adalah untuk mengelakan Angga dan Pisang Emas ditemui oleh pihak musuh. Setelah mengetahui yang askar-askar Saiyu telah hampir, Kekuratua pun menguatkan pertahan dan menyembunyikan diri didalam cengkerangnya yang keras dan tebal. Kekuratua hanya menunggu askar-askar manusia menemuinya dengan harapan mereka akan menangkap dan menjadikanya tawanan bagi mengelakan Angga dan Pisang Emas ditangkap oleh manusia. Akhirnya askar-askar saiyu pun menemui Kekuratua dan mendapati yang ianya amat la keras dan amat sukar untuk membuatkan ianya menyerahkan Angga dan Pisang Emas. Saiyu yang merasa geram terhadap Kekuratua pun mengarahkan askar-askarnya untuk menangkap Kekuratua dan membawanya balik ke Kem mereka untuk memaksa Kekuratua menyerahkan Angga dan Pisang Emas.

Tindakan bijak Kekuratua telah menyelamatkan Angga dan Pisang Emas dari tangan saiyu yang ingin merampas senjata identiti abang Angga untuk menguatkan lagi kaum manusia. Tetapi apa yang akan terjadi kepada Angga dan Pisang Emas setelah ditinggalkan oleh Kekuratua, dapatkah dia mencari jalan untuk menyelamatkan Kekuratua dan memberi amaran kepada pentadbir-pentadbir monyet yang lain tentang pencerobohan manusia keatas kampungnya. Apakah yang akan dilakukan oleh Saiyu terhadap Kekuratua yang telah ditangkapnya untuk mendapatkan Angga, bagaimanakah nasib Kekuratua setelah Saiyu mengetahui yang dia telah ditipu oleh Kekuratua. Semua ini akan diceritakan dalam siri yang akan datang.

Huhuhu… akhirnya dapat jugak aku menyiapkan siri ketiga dogeng Monyet dan Pisang ni… sebelum ni aku busy dengan LI la ape la bola la… aku berharap korang dapat memahami jalan cerita yang pendek ini… hahaha… kalau ade idea dan jalan cite yang nak ditambah… aku alu2 kan dan berterima kasih… nak kutuk pun kutuk je… senang aku nak rate akunye imagination ni… hahaha… macam banci la… pepehal pun layan je la… dan jangan kte lupe trademark kte sebelum mengundurkan diri… 1, 2, 3, hahahahahaha wakakakakakaka… gelak sokmo dan senyum selalu ye… alahai senyum la senyum la cekmek molek… huhuhu stakat ni je la.. bye bye tata titi tutu totot…. Hahahahahahahaha……

Monday, July 26, 2010

singa po ra

WOOO..... 1st time g bercuti (jalan2) luar daripada Malaysia iaitu ex Malaysia, Singa po ra.

Tarikh pergi : 23 julai

Tarikh Jalan2 : 24 julai

Tarikh sampai umah : 25 Julai...

Atas Train

Safety 1st huhu...

Luke Cable Car

Luke Go Cart mende tah... haha

Lepas naik go cart ngan cable car

Merlion Park

Merlion Park

Huhuhu... ni je la yang dan upload... x larat la nak upload pastu susun2 hahaha.... pepehal pun sebelum mengundur diri jangan lupe kite punye trademark... 1, 2, 3, wakakakakaka hahahahaha... gelak sokmo kte... bye2...
*luke tu tuka kepada luge - credit to Tengku Muhammad Api...



Friday, July 9, 2010

Final 2010

Netherland
Pro: Mempunyai pemain2 yang pakar dalam rembatan jauh, kencang dan tepat = banyak goal..
Con: player yang x berapa mahir control ball = game bosan dan menyampah....
Spain
Pro: Control ball terbaik beb bersama corak permainan yang laju dan menarik = games rancak dan x mengantok...
Con: Tak ade finishing langsung = sikit gol dan mungkin x de gol (hahaha)...

Kesimpulan:
Berdasarkan game spain dan Netherland yang aku dah tengok sepanjang kempen piala dunia 2010.. telah aku senaraikan con dam pro bagi setiap team (ni dari pandangan aku)... dari pro dan con yang telah dipersetujui oleh boleh aku simpul kan disini yang Netherland mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi piala dunia pada kali ini.. mmg diorang x pandai control ball (asik kena intercept dan terlepas je) tetapi mereka mempunyai player2 yang kaki rembat macam haram jadah x hingat dunia.. kebanyakan gol mereka hasil dari rembatan macam2 ni la.. Buat Spain pula, aku x rasa diorang akan boleh menjaringkan gol dengan mudah kerana sepanjang pemerhatian aku diorang ni x de player yang boleh buat finishing yang bagus.. kebanyakan gol mereka disumbangkan oleh 1 player sahaja dimana semuanya adalah goal2 yang boleh dikatakan tidak dijangka iaitu gol yang bukan dari hasil gerakan mereka atau lebih kepada peluang yang datang secara tiba2 (diorang x leh buat peluang sendir).... dengan adanye striker2 yang x leh pakai, hanya tahu membawa bola ke kawasan bola dengan laju dan cantik tetapi x tahu macam mana nak menyudahkannya.... ini adalah pendapat daripada aku tak ada ape2 pun sebenarnya... aku men tulis je.. hahahaha... pepe pun jangan lupe trademark kita.... 1, 2, 3, wakakakakakakakaka..... gelak sokmo kte.. bye2 tata titi tutu tottot...

Sunday, July 4, 2010

Ku Bersamamu


WOOO~~~... jumaat lepas baru sahaja habis presentation untuk LI aku dekat planetarium... presentation jumaat lepas adalah presentation versi planet sbb minggu depan aku akan ada presentation yang lain plak dekat uniten... juga berkenaan LI.. satu pengalaman yang agak menarik la present pada hari tersebut sbb aku cuba membuatkanya lebih kepada secara bebas bagi diri aku.. sbb aku just pergi depan dan bercakap sahaja mengikut sedap.. huhuhu.. mmg la sesuatu yang agak kurang bijak kalo nak buat presentation macam tu.. tetapi bayangkan ade 6 presentation pada hari itu dan ktorang semua buat dalam meeting room... yang x bestnya ialah bila nak present tu ktorang kat blakang so penonton hanya nmpk slide sahaja diorang x nampak pun ktorang yang present tu sbb kat blakang....

So aku pun membuat keputusan untuk pergi btol2 kat depan slide tu dan present.. berbeza dengan student2 lain sbb aku lebih suka lain daripada yang lain.. aku meminta bantuan dari mereka untuk menjaga slide aku so aku boleh la membawa mic ke depan dan melalak (present)... untuk present tu mmg aku x prepare ape2 sebab aku nak practice bercakap secara spontan dan melatih critical thinking.. lagipun bende yang aku nak present tu mmg aku mahir dan tahu sangat senang la bagi aku untuk explain.. cuma ayat je berterabur.. sebab tu aku cakap aku nak practice.. huhuhu.. supaya ia akan menjadi satu pengalaman yang berguna bile aku dah kerja dan nak present kat orang.. orang lebih suka kalo present dengan cara macam ini.. diorang akan rasa lebih dekat dengan aku dan yakin.. walupun ayat berterabur tetapi aku rasa bende yang paling penting ialah mereka paham dengan jelas dan berasa tertarik dengan apa yang aku nak cakapkan...

Bende yang aku present cuma ape yang aku buat kat planetarium je.. tu je xde bende2 pelik pun.. walaupun aku rasa tidak puas hati pada masa itu kerana aku present cepat sangat (salah aku).. lagi pun jam pun dah nak pukul 12 dan ade lagi 2 student lom present dengan ktorang nak keja masa sebb ada majlis makan2 serta nak pergi solat jumaat plak.. mmg kalo banyak2 presentation yang aku buat bende yang aku paling x puas hati dengan presentation aku ialah masa yang aku gne kan... aku slalunye akn cut2 akunye presentation menjadi ringkas.. x tahu kenapa sebab kalo sblm presentation tu punye la banyak bende nak aku cakap.. skali g kat depan hampeh.. hahaha.. x pe lain kali aku akan try buat klua semuanya... terima kasih kepada yang menjayakan presntation pada hari itu...



Disini aku ingin mengambil kesempatan didalam post yang begitu panjang dan lebar.. aku x tahu asal sbb aku tgh frust spain menang lawan paraguay td.. mmb aku banyak spain so aku x leh kutuk diorang dem.. hahaha... disini aku ingin memohon maaf kepada mereka yang bersama2 dengan aku sepanjang LI aku di planetarium... terutama en redzuan yang banyak membantu dan memberi bende2 pelik kat aku... hahaha.... dan aku berasa amat menyesal kerana aku tidak dapat memberikan update yang terbaik didalam blog ini berkaitan dengan LI aku.. aku hanya dan post 7 hari je dekat blog ni.. tetapi walaupun tujuh hari aku rasakan ianya sudah cukup untuk menceritakan apa yang aku lakukan di planet... 7 hari itu ibarat rumusan kerana di dalam ketujuh2 post tu telah aku terangkan senarai kerja2 aku dan kalo nak diikutkan selama tiga bulan tu aku belajar dengan mendalam tentang kesemua tugas2 aku itu... mungkin aku akan upload report aku supaya dapat kte kongsi bersama apa yang aku belajar di planet selama 3 bulan disana...


Begitu juga aku ingin memohon maaf kepada pihak uniten terutama en ibrahim yang sudi melawat aku di planetarium.. memohon maaf kerana tidak dapat megupdate blog selalu kerana saya bukanya blogger yang tegar.. tetapi dengan adanya bende2 ni maka aku kenal apa itu blog dan makin hari makin berasa sronok plak memblog ni.. mungkin aku tidak dapat megupdate kerana busy dengan tugasan harian dan penat selapas balik bekerja (culture shock la katakan hahaha).. tetapi ianya telah menjadi satu pemankin untuk aku terus menaip dengan laju dan entah ape2 tah ni.. hahaha...


Sebelum mengundur diri aku mmg ingin meminta maaf dan merasa diri ini teramatla lemah.. tapi walau apa pun bende ni kena ambil sebagai satu border atau kayu pengukur untuk terus maju kehadapan dan berfikir secara bernas dan menggunkan akal dengan sebaik mungkin didalam kehidupan... disini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bersama2 menjayakan LI ku di planetarium negara.. walaupun aku tidak sempat menulis kesemua nama tetapi ketahui la bahawasanya anda semua mmg satu pengalaman yang amat menakjubkan dan banyak memberikan bende2 baru yang mmg tidak ada di tempat2 lain.... dengan cara yang biasa saya mengakhiri post bersamamu yang panjang lebar ini dengan trademark yang tidak lain dan tidak bukan... adakah anda sudah bersedia??... 1, 2, 3, hahahahahaahaha wakakakakaka.... gelak sokmo kte... wasalam dan Assalamualaikum... huhuhu tata titi tutu...

Tuesday, April 13, 2010

episode 7

Ulang tayang semalam - pada episode yang lepas aku telah mempelajari macam mana nak buat paper model berbentuk ISS dan mengkaji macam mana untuk mengendalikan BAS di bangunan planetarium negara...
Sinopsis hari ini yang berbentuk jadual



OK.. setelah mempelajari untuk menggunakan software yang mengawal BAS.. aku pun ditugaskan untuk mengambil bacaan suhu bagi keseluruh bangunan Planetarium untuk tujuan rekod dan analisis yang akan dibuat pada setiap penghujung bulan untuk mengukur tahap kecekapan AHU dan FCU dibagunan planet.. ni kena ambik hari2 ni...(mulai sekarang dah ade tugasan harian yang tetap). Bende ni kena buat pagi dan petang.

Roket Soyuz yang digunakan oleh pihak rusia untuk menghantar bende2 pelik kat ankasa lepas... roket ni la yang angkasawan Malaysia gunakan untuk ke ISS ala si Muzafar shah tu.. hahaha

Pada sebelah petangnya pula aku pun meneruskan misi untuk membuat lebih banyak paper model untuk menarik perhatian adik2 yang akan menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak planet. Buat disini sahaja untuk episode yang ketujuh ini.. nantikan episode yang kelapan pada esok hari atau lusa atau tulat.. ikut la rasa kerajinan untuk update hahaha... tapi sebleum mengundur diri seperti biasa tema lagu ending mari kita nyayikan bersama sama... 1, 2, 3, hahahahahahahahahahahahaha..... gelak sokmo kte.. tata titi tutu baba bibi bubu caca bye... hahaha










Monday, April 12, 2010

Hari Keenam tu..

WOOO!!... telah masuk hari keenam selepas cuti minggu yang pertama semenjak menjejak kan kaki di arena praktikal ni.. huhuhu.... ok tanpa membuang masa dan space yang ada akan aku terus pergi kepada jadual untuk hari yang keenam ini.. ok sat ye nak upload.. huhu... Mengikut jadual diatas aku ditugaskan untuk membuat paper model yang berbentuk ISS sebenarnya dan bukanya satelit (terdapat kesalahan sedikit).. ISS tu ialah international space station atau stesen angkasa antarabangsa kot..hahaha.. kalo dah keje kat sini kena la tau serba sedikit pasal space2 ni.... bende ni akan digunakan dalam aktiviti bersama kanak kanak bagi tujuan mendedahkan mereka kepada bidang astronomi ni la.. masa untuk menyiapkan menatang ni adalah 2 jam (lama tu)... sat ye upload rupa bentuk dia.. lepas tu kte ke sebelah petang plak..


Pada sebelah petang plak aku pergi la ke bilik maintenance untuk curi2 tengok ape yang ada kat sana... huhuhu.. sebenarnya kat sana ada satu komputer yang digunakan untuk mengawal BAS atau Building automation system... belajar la dari orang2 maintenance kat stu macam mana nak mengendalikan software BAS tu.. oh BAS untuk planetarium hanya mengawal AHU dan FCU sahaja.. kalo nak power lagi ada yang control lighting ape semua.. tapi kat sini ktorang gne untuk control AHU dan FCU atau senang dipanggil HVAC la kot.. huhu..


Takat sini sahaja untuk hari yang keenam jumpa lagi esok untuk hari yang ketujuh plak... tapi sebelum saya mengundurkan diri izin kan saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan trademark iaitu..... 1, 2, 3, hahahahahahaha... gelak sokmo kte.. bye2 dan selamat maju jaya tatata....

Hari Kelima (penat la buat hari2.. hahaha)


LIMA KEHARI... hahaha... tiap2 hari nak kena type ape yang aku buat... penat tu. dah la balik keje penat pastu nak buat blog.. huhuhu nak men Facebook lagi.. adoiya... hahaha xpe la.. boleh la berlatih menaip dan menulis dengan spontan.. hahaha... ok untuk hari kelima macam biasa la.. pagi tu aku datang lambat dalam kol 7 lebih then aku turun kat cafe memorial Razak mintak kat kakak keje stu sarapan seperti biasa iaitu roti bakar 2 set berserta telur separuh masak 2 biji =.= dan air kopi kurang manis punye!!!.... hahaha... untuk memudahkan cerita aku akan upload jadual aku untuk hari yang kelima tu then explain kat korang secara rawak ape yang klua dari kepala otak aku ni.. ok sat ye nak upload.. huhuhu..

ni jadual aku hari kelima... kalo x nampk klik je nnt jadi besa..huhuhuhu

Ok belah pagi aku kena buat research pasal BAS atau nama panjangnya Building Automation System sebelum aku pergi melihat sendri system tu kat bagunan utama... ape itu BAS?... ok BAS ni bukan bas sekolah yang bawak student dtg planet tapi system yang mengcontrol HVAC dan lighting (kebiasaanya la) tapi kat planet ni dia control HVAC je.. lightning manual... nnt aku buat post pasal BAS..nak campo dalam post hari kelima ni panjang... huhuhuhu lepas tu aku kena sambung keje aircond aku dengan mencari susunan bilik yang sesuai... kat mana nak letak aircond dan kat mana nak letak server bagi mendapatkan aliran udara yang terbaik... ni lakaran je dlu sat aku upload... huhuhu..

aku letak server dekat ngan aircond supaya udara sejuk trus boleh masuk server. xde la dia bereselerak keseluruh bilik n then nampak x 2 petak berlubang depan server tu??.. tu la tempat udara sejuk keluar.. sebenarnya byk lubang so aku cakap kte tutup je lubang tu bia tumpu klua kat bawah server lagi efficient dan kalo nak tau aircond akan hembus udara sejuk kebawah lantai yang ada ruang dan akan sedut udara panas dari atas.. ni type down flow precision aircond namanya.. huhuhu..dem kan dah cakap kalo explain dia jadi panjang.. hahah x pe la dah tertype nak wat camne.. huhuhu

Ok tu belah paginye.. ape aku buat belah petangnya pulak... mengikut jadual diatas aku hanya menyambung dan menyiapkan semua yang aku buat pada pagi tu.. dimana aku mencari pengaliran udara untuk bilik server dan buat la lakaran dalam google sketchup (ni software free dari google just untuk lakaran)... yang aku dah upload kat atas tu.. itu la lakaranya.. dan kat sini aku leh tunjuk sket brp flow yang ade.. sat ye aku upload..


ni la contoh2 air flow yang boleh digunakan untuk menginstall precision aircond... huhuhu..

Stakat ni je la untuk hari kelima ni... ponat menaip sambil men facebook... hahahaha... ok jumpe lagi di hari yang keenam plak.. bye2 tata titi... oh lpe... trademark kte.... hahahahahaha... gelak sokmo kte... bye2... huhuhuhu

Sunday, April 11, 2010

Hari Keempat

HARI KEEMPAT!!!... hahaha orang lain aku tengok dah masuk minggu ke 2 dah.. aku x tau asal hari keempat lagi.. aku post awal ni.. mungkin aku duk kat planet monyet kot... aku dah jumpe la wey planet baru tu..planet monyet namanya..ok untuk hari keempat aku ade la buat 2 kerja.. belah pagi dan belah petang.. buat bende yang belum habis lagi sebenarnya.. juga berkaitan aircond dan lighting kat sekitar planet.. jab aku upload gamba jadual harian aku untuk hari yang keempat.. kat sini aku kena buat laporan harian so aku akan post la jadual ni bagi memudahkan aku mengexplainkan kepada korang.. sat ye.. sabo...

ni la jadual tu... kalo x clear clik je.. besa ni sebenarnya...

ok mengikut jadual ni, belah paginye aku menanda lampu pada map sedia ada... caranya mudah je.. gamba tu akan diupload kedalam adope photoshop dan kemudian dengan menggunakan simbol2 yang ada just tandakan je la.. hahah then jangan lpe buat simbol yang berbeza2 agar boleh dibezakan jenis2 lampu tersebut.. hasil kerja ni aku dah post kat bahagian hari ketiga semalam. so refer balik la kalo x tengok lagi.. huhu... yang ini belah paginye...

ini sample dari brochure kilang membuat aircond... untuk pilih aircond ni..

Selepas 2 hari mengira BTU kat daam bilik server akhirnya dapat la aku mencari spec yang sesai untuk memilih aircond bagi bilik server tersebut... untuk memilih aircond kte kena tahu dia punye BTU capacity supaya dia bole lawan BTU bilik yang kte kira. biasanya orang akan ambik BTU yang lebih sket dari apa yang dikira kerana nak kira BTU ni bukan senang. byk kena estimate dan tak semua factor diambil kira dalam calculation yang dibuat (ni cara aku la). huhuhu.. sama je ngan cara orang lain.. beza x sampai 10% pun..

Dua bende ni la yang aku buat sepanjang hari keempat aku.. buat tanda kat map dan membuat pemilihan aircond yang sesuai.. cari orang yang buat kilang ni punye la payah... xde pun yang kat malaysia.. hahaha.. ok stakat ni je la... bia la post ni pendek kang x habis2 plak.. TETAPI sebelum tu.. kte kena wat trademark dlu.. ok ready... 1... 2... 3.... wakakakakakaka... gelak sokmo kte.. n tata bai2 .. yuhu~~~~

Saturday, April 10, 2010

Hari Ketiga (lewat juga untuk post)


3rd DAY!!!!.... hahaha macam biasa la aku datang lambat.. dalam kol 7 lebih macam tu n then breakfast cam biasa... makcik kat kedai tu dah ariff dah.. aku cakap cam biasa je dia dah tau dah.. hahahaha... ok dah breakfast ape semua masuk la office.. arini aku bawak laptop sendri sbb sng nak pakai software... dalam laptop tu dah ade dah semua...proe la autocad la adope photoshop la.. ha pilih je.. cume nak loading je lambat... alahai ble la nak tuka laptop ni... mmb aku plak cakap barang x sampai lagi so plan nak g melaka x jadi.. hahaha...ok..

APA aku buat hari ketiga??.... mengikut jadual yang biasa diberikan oleh pihak planetarium dibahagi kepada 2 bahagian iaitu belah paginya(seelum launch) dan belah petangnya (lepas launch)... belah pagi tu aku sambung keje semalam je... iaitu bende yang berkaitan dengan aircond2.. tu.. hahaha 3 hari duk mengadap bende tu... pergi bilik server then balik office pastu masuk lagi bilik server sebb nak pastikan semua dimension dan peralatan dalam tu btol2 blake.. hahaha...ponat den... dah la bilik server ngan office tu jauh.. hahaha.. kena masuk bilik pameran.. dapat la tgk pelawat2 yang datang planetarium tu... dah dapat dimension yang btol ape semua aku pun buat la lakaran biasa2 kat pro/e sebab nak dapatkan area dia je.. bia je pro/e yang kira.. sat ye aku try upload kalo ade...
ha ade pun..hahaha.... server room punye dimension.. ni estimate je.. hahaha

OK tu belah pagi punye... belah petangnye plak aku pun tuka la course... jadi budak EE plak.. hahahaha.. sbb nak kena keliling satu planet cari lampu.. nak kira berapa banyak lampu semuanya kat dalam planet ni.. outdoor jela bukan indoor.. so mari kita saksikan apa yang aku kena kira.. jeng2.. tunggu ye..proses mengupload amat lah perlahan... gamba aku malas nak reduce size.. hahaha.. nanti aku cite nape kena kira semua lampu ni dan tandakannya pada peta.. huhuhu

ini dipangil lampu ape tah aku lpe.. hahaha.. pole light ke ape.. bunyi dia camtu la..


ni pun sama species gak dengn lampu kat atas tu.. cuma design je lain.. hahaha

ni plak dipanggil street lighting pendek... atau lampu taman.. hahaha yang ni ade 2 jenis gak lain design dan lain rupa bentukya hahaha...

ha ni la dia hasil kerja ku.. selepas mengira dan menganalisa map.. kena la tanda semua lampu atas map ni..mungkin ada terlepas pandang kot..hahaha.. xpe2 ni estimate je.. nnt kite check balik..


DAH kira lampu ape semua kat taman tu nak buat apa??.. ha ni la gunanya map td tu.. boleh tahu kedudukan sebenar lampu sbb nanti senang nak buat wiring ape semua.. dari map ni jugak boleh la kita kira lampu ada brapa banyak, brapa jenis supaya senang nak kira total wattage dia sbb nanti nak buat wiring takut ape2 jadi...aku lpe term dia.. ape tah push back ke ape, loop kot.. tah aku bukan blaja sangat letrik.. bende ni jadi sebb dia pakai ac bukan dc...

OK tamat sudah hari ketiga aku.. oh lpe map tu aku buat hari keempat sebenarnye.. sbb lepas je habis kira lampu disekitar planet masa pun menunjkan hampir pukul 530.. so 530 balik la.. sambung esok yang buat map tu.. hahaha... LAGI satu korang hargailah masa yang aku gunakan untuk mengupload gamba ni. semua gamba dalam post ni mmg nampak kecik tapi sebenarnya gamba2 ni besa.. clik je nnt dia akan pergi ke gamba asal.. besa dan jelas lagi tu.. huhuh aku x tahu la aku upload plan ngan map tu boleh ke x??.. aku x mintak izin lagi ni..takut kena saman sbb mendedahkan gamba2 ni. hahaha.. tapi ape2 pun jangan lpe trademark kte sebelum saya mengundukan diri untuk sambung tdo.. hahahahahahahaha... gelak sokmo kte... bai2 tata dan Asalammualaikum....

Friday, April 9, 2010

Hari Kedua (juga lewat untuk post)

SEKALI LAGI!!!!... aku lambat g keje.. hahaha.. tapi kali ni aku xde lambat mana.. aku sampai kol 720 kat planetarium... huhu kira awal la berbanding smlm.. smlm aku sampai kol 7 hahaha... ok2.. walaupun datang lambat sempat lagi aku turun kebawah untuk breakfast.. ooo kedai makan yang paling dekat ngan tempat aku ialah memorial Tun Abdul Razak.. yang mana kedai makan ni special sket... dia terletak kat atas menara. hahaha layan~~... nak tengok orang joging senang je.. huhuhu.. kat sini menu aku slalu order untuk makan ialah roti bakar 2 set dan telur separuh masak 2 bijik =.=.. air plak berubah2 mengikut nafsu.... hahaha...bagi memulakan hari yang bersemangat la katakan...

OK!!!. hari kedua aku teruskan dengan tugasan mencari total BTU untuk bilik server yang aircond dia dah rosak.. apa itu BTU dan kenapa kena kira BTU... BTU adalah dari singkatan British Thermal Unit kalo x salah aku.. dia ni ialah unit bagi heat dalam sistem british kot... aku baca gitu2 je... ha btol la. aku google jab td.. hahaha.. kenapa nak cari BTU?... ok untuk membeli aircond yang baru atau diberi nama precision aircond memerlukan pengiraan BTU yang tepat dan betul agar nnt nak beli aircond ikut je BTU yang dah dikira... boleh la beli aircond yang mengikut kehendak bilik server tu.. jimat kos dan jimat masa (ye ke jimat masa?.. baik beli je yang power x yah pening2 hahaha)...

Malasnye nak explain dalam ni.. hahaha nnt aku explain lagi detail dalam post yang betul2 pasal precision aircond siap ngan gamba dan calculationye lagi.. huhuhu..buat masa ni aku cite bodo2 je.. untuk mengira BTU, kite kena la tahu keluasan bilik server tu n then compare dengan standard table untuk dapatkan BTU yang diperlukan unutk bilik tu sahaja(belum masuk equipment2 dia lagi).. lepas tu kena tahu berapa banyak wattage yang digunakan oleh lampu dalam bilik tu (total wattage) begitu juga dengan barang2 dalam tu.. kena kira dia punye total wattage dia.... kalo ade sejuta server dan UPS kira la ko sejuta server dan UPS tu masuk dalam calculation... lepas tu tambahkan semua dapat la BTU.. lepas dapat BTU kena la plak cari precison aircond ape yang sesuai.. selesai... ade la jugak aku try2 gne software.... tapi sepatah haram x paham.. complex sangat...kena ada ni la tu la.. kira sendri lagi senang... software untuk menyenangkan ni macam meyusahkan lagi ada la.. po da.. hahaha...

sekian sahaja buat hari kedua ni.. nntkan post yang akan datang ikhlas dari saya Muhammad Wildan Bin Ashaari ME079700.. hahaha... sebelum mengundur diri, izinkan saya menyampaikan trademark kte iaitu... ok R U READY!!!!.. 1 2 3 wakakakakakakakakakakakakakaka (panjang sket)... hahahaha gelak sokmo kte... sampai disini dahulu selamat malam kekasih gelapku.. tidur lah sayang ku.... andai aku pergi dlu sebelum mu jagn la kau bermasam muka... hahaha... terima kasih semua bai bai dan Assalammualaikum...



Thursday, April 8, 2010

Penat

PENAT!!!!... hahaha minggu yang agak penat.. baru je lepas habis final exam tgk2 dah kena start LI.. dem punye uniten (haha men2 jgn tangkap aku wey)..minggu ni aku dah start LI..aku LI kat planet, bukak la page industrial training kalau mahu tahu lebih lanjut.. huhuhu..senang cite nak bagitau yang buat LI kat KL ni mmg penat la kot.. time balik jem je manjang.. nak g keje pun jem.. hahaha.. apa da..banyak gak bende nak kena buat.. agak payah nak update blog ni.. terasa kebebanannya di bahu ku.. hahaha...bagi menghilangkan semua kesibukan minggu ni aku ingat nak g melaka la hujung minggu ni boleh jumpe dengan mmb2 aku kat sana.. x pun jumpe jepun yang tgh LI kat melaka.. hahaha.. lagi pun aku ade order laptop kat mmb aku so nak kena gak la g sana tgk macam mana rupe laptop tu.. menarik ke x??.. kalo menarik angkat je la.. kalo x.. hmmm tah la tapi macam berguna gak laptop ni sbb sementara ni aku gne laptop kakak aku je bawak g tempat LI.. pakai tu.. gne buat proe photoshop dan word.. hahaha.. best pun best.. alahai malas la plak nak pasang desktop aku yang besa tu.. desktop tu buat men game layan la.. hahaha tapi buat masa ni xde la nak men game mana kan.. busy2.. hu.. takat ni je la.. ni nak tulis blog tuk LI plak.. ish2 ponat den oi!!... x boleh ke buat butang Auto update senang sket keje.. hahaha ape2 hal pun kte jgn lpe trademakr kte!!.. wakakakakaka.. gelak sokmo kte.. hahaha.. ha lupe plak.. kisah monyet aku tu dah tergendala tu.. hahaha nnt free aku sambung.. ni sbb LI la kisah monyet aku tergendala.. harap maaf kepada yang sudi membaca cerita dongeng aku.. TQ.. bai2

Wednesday, April 7, 2010

Hari pertama (lewat post)


FIRST DAY!!!.. hahahaha.. lambat sket nak buat blog untuk 1st day sbb penat sangat la.. 2 hari dah start LI aku balik je dari planetarium tdo.. xde masa nak upload gamba ape semua.. huhuhu.. ok kte start lambat sket.. so ape aku buat 1st day?... camni cite dia..1st day lagi aku dah lambat.. ape la la nak jadi ngan aku ni.. bangun pukul 5 lepas tu mandi g surau smyg subuh lepas subuh trus gerak planet.. agak2 dalam kol 630 la klua dari rumah (lambat ni!!!).. haha...

sampai je Planet (malas nak type panjang2) kena tahan ngan abg gad.. so aku tunjuk la surat LI kat dia, so boleh la masuk...then dia suh g jumpe mak cik gad yang paling otai sbb nak tanya pasal en. redzuan(pegawai pemerati aku ni)... makgad yang otai pun cakap tunggu dlu kat lua nnt en. redzuan sampai la.. so aku pun tunggu.. sambil2 tengah tunggu tangkap la gamba.. sat ye aku upload kte tgk gamba ape yang kte ada... huhuhu.. oh lpe aku sampai planet kol 7... jumpe en. redzuan kol 830.. kira la bape lama aku lambat.. hahaha


ni la gamba planetarium yang diambil dari angle yang aku agak malas nak gerak2.. haha malas la nak cari angle best.. layan je la


FERRARI!!! dik ferrari sape ni dik??.. tanya mak gad tu kat aku.. sedangkan aku tgh bawak masa tu nak tanya lagi... nak kena lepuk??..(hahaha ni men2 je)


lori paling otai kat planet..kalo dalam transformer tu yang dah tua kan dia jadi bahan pameran kat dalam muzium... ni salah satu la ni.. datang dari planet mane aku x tau...hahahaha


yang bestnye planet ni dia dikelilingi oleh tumbuhan-tmbuhan ijau yang subur walaupun ditengah ibu kota.. tempat lahir tipu daya, tempat memburu mangsa mu.. hahaha


hahaha dalam banyak2 gamba yang ni paling aku ske.. boleh skodeng awek joging kalo ko keje kat planet.. hahaha.. bodo mana ada aku tpu je.. semua dah veteran.. hahaha.. yang bestnye sbb nnt aku rasa aku pun nak join jog gak la sblm masuk keje.. mesti layan harumnya... hahaha


Dah2 cukup2 tgk gamba pelik2... gamba kejenye mana??..hahaha gamba keje aku x ambik.. hold dlu nnt aku ambik..pagi tu aku diterangkan tentang tugas2 yang aku kena buat sepanjang LI ni..ade dalam macam 3 tugasan gitu.. 1st kena cari spec aircond untuk bilik server (tgh buat la ni), 2nd kena study pasal BAS.. bukan bas sekolah yang bawak budak2 g planet.... ni Building Automation System, dan yang last skali kena buat wayering dan cari lampu yang bersesuaian sebb nak tuka hbs semua lampu2.. dan semua ni aku kena lukis balik plan2 baru... huhuhu..denga macam taff je tgk la camne..

Lepas denga tugasan dibawa la aku jln2 keliling pinggang.. hahaha.. g tgk chiller la AHU la dan byk lagi..nnt aku upload gamba..nak upload ko ingt senang ke 5 minit a tunggu punye la seksa.. hahaha.. lepas tu berkenalan la dengan staff2 planet.. g makan borak2 balik buat research pasal aircond sampai habis waktu bekerja...

Setakat ni je la aku nak type..panjang dah ni.. ni pun aku potong cite ni. kalo kat wayang tu panjang sangat diorang potong a.. sama la macam ka sini.. hahaha.. pepehal pun jumpe lagi esok ke kalo aku rajin update dan upload.. huhu seperti biasa ktenye trademark jagn lupe... hahahahaha.. gelak sokmo kte.. huhuhu bye2.. tata titi tutu tongtong... wakakakaka..BTW malas nak type in english..nnt aku buat section english aku translate balik la.. huhuhu malasnya..


Monday, March 29, 2010

Kisah disebalik Toman

TOMAN!!!..hahaha.... semalam aku bersama afiq dan ijat pergi la bermain joran dekat empangan batu ulu yam... peh nak pegi sini punye la pening sbb jln dah lain disebabkan adanya jalan keretapi yang baru siap.. so ktorang terpaksa mencari macam mana nak masuk jalan yang lalu atas laluan keretapi tu sbb jln tu la yang akan pergi ke ulu yam. pusing punya pusing jumpe la jalan..nak harap kan ijat suh tunjuk jalan x payah la duk berdengkur kat sblh aku.. bodo punye ijat. hahahaha... seperti biasa sebelum naik ke empangan ktorang akan beli umpan anak keli tuk tangkap toman ni.. anak keli je la.. nak tangkap bapak toman joran plak pakai yang murah.. patah plak joran tu nnt, x pun putus tali tu je hahaha... so ble dah sampai ktorang tgk 1st port dlu.. peh ramai then g depan sket kat port biasa.. ok la x ramai mana so park kat sebelah lori jual air bawak turun joran2 mahal semua prepare tuk mancing... kat area tu ada la dalam 3-5 orang yg tgh memancing.. ktorang pasang umpan then campak je masuk dalm tasik tu... pop x sampai 5 minit joran afiq mengena. peh dia punye la bangga sampai tergelak x nak g angkat joran dia.. aku gak kena trn cepat2 takut joran tu terbang macam yang aku penah kena dlu.... lawan2 ngan ikan tu x best langsung.. hahahah macam men tarik tali ngan bayi je.. hahaha akhirnya dapat la seko ijat.. eh silap ikan.. tu ikan 1st ktorang aritu.. jumlah hasil kesemuanya 2 eko je.. pun joran afiq yang kena, tapi yang kedua ni dia yang tarik naik atas... hari tu mmg bising gle tengah mancing ramai datang usha ktorang dah macam kat kenduri kawen sbb ade plak rombongan meminang datang benti kat port tu.. ape dia ingat RnR ke ape...hahaha dan paling best mamat yang kat sebelah tu panas je.. hahaha baru datang 5 minit dah kena.. dia punya la setengah hari tunggu..last2 balik ngan tangan kosong.. hahahaha... tu je la nak cite.. tapi panjang lagi ni. ish2.. sian2.. hahahaha pepehal pun trademark kte jgn lpe.. wakakakakaka gelak sokmo kte.. huhu babai..

Kisah Monyet dan Pisang (siri 2)

SIRI 2!!..ok dalam siri sebelum ini telah aku gambarkan macam mananye keadaan bumi pada kira2 tiga ribu lima ratus tahun dahulu yang mana kaum monyet menjadi majoriti penduduk pada masa itu..sebuah perkampungan jauh disebelah barat tanah besar Bukit Pisang (antara 3 tanah terbesar diatas muka bumi pada ketika itu) yang diberi nama kampung Pisang Berat sempena senjata yang digunakan oleh pentadbir kawasan itu bagi melindungi kawasan tersebut sejak turun temurun lagi. Kampung ini adalah antara kampung yang paling hampir dengan tanah manusia dan pada ketika itu kampung ini telah diserang hebat oleh kaum manusia.. banyak ladang2 pisang dimusnahkan dan banyak monyet2 yang tinggal disitu dibunuh dan dimakan otak2 mereka ( aku x tahu asal manusia suke makan otak monyet.. hahaha)..didalam usaha manusia merampas kampung Pisang Berat ini mereka terpaksa berhadapan dengan seekor monyet yang memegang identiti pisang (bermakna monyet ni dikalangan monyet2 pentadbir yang mempunyai bakat yang hebat a - refer siri 1)..monyet ini diberi gelaran pembawa pisang emas kerana dibelakangnya terdapat satu senjata yang menyerupai pisang yang saiznya sama dengan dengan saiz tubuh badannya serta warna kuning keemasan terangnya (inilah identiti pisang monyet tersebut)..bersama dengan beliau ialah adiknya (mereka berdua ini yatim piatu.) yang bernama angga...angga tidak mempunyai sebarang senjata yang istimewa tetapi beliau hebat dalam mengendalikan boomerang dan mahir berlawan menggunakan ranting2 kayu yang berbentuk pisang...didalam pergaduhan diantara 2 adik beradik ini, mereka telah berpecah yang mana angga terpaksa bertungkus lumus menyekat askar2 manusia daripada terus memasuki kampung tersebut dibantu dengan penduduk2 disitu dan abangnya pula sedang berhadapan dengan tiga wakil dari kaum manusia yang mana ketiga2 mereka ini adalah antara 5 menteri bagi kaum manusia pada masa itu ( siapa yang menjadi menteri bermakna mereka lah yang paling kuat sekali sbb masa ni sapa kuat dia yang berkuasa)...manusia mendapat matlumat yang abang angga ada bersama mereka bagi melindungi kampung Pisang Berat, jadi mereka telah menghantar 3 menteri bagi menjayakan misi tersebut...akibat terlalu ramai yang datang menyerang kampung tersebut, angga tidak dapat bertahan dan ramai rakan2 seperjuangannya telah tumpas ditangan manusia.. tanpa berfikir panjang, angga pun berundur mencari abangnya kerana mereka tidak lagi dapat bertahan dan lebih baik berundur bagi mendapatkan bantuan dari pentadbir2 yang lain..apabila sampai ditempat abangnya bertarung dengan 3 menteri td angga melihat 2 daripada menteri tersebut telah jatuh rebah diatas tanah dan abangnya telah luka parah.. dihadapan abangnya berdiri seorang manusia yang masih lagi bertenaga dan tegap..badan manusia tersebut tidak terlalu besar seperti 2 menteri yang lain..amat cemas angga melihat abangnya yang sudah luka parah akibat bertarung dengan ketiga2 menteri tersebut..maka dia pun menjerit kepada abangnya untuk berundur.."bang kte dah x boleh bertahan semua dah musnah.. mari bla kte cari rakan2 yang lain!!...".. tetapi abangnya sudah tidak bermaya lagi untuk bergerak..menteri yang masih berdiri gagah itu pun menyerang angga dengan kepantasan yang amat menakjubkan dengan satu tumbukan tepat pada dada angga lalu angga pun jatuh termuntah darah..(x pengsan lagi)..selepas itu menteri tersebut menamatkan riwayat abang angga dengan menggunakan pedang yang berwarna biru tepat menembusi dada abangya (oh nama abang angga ialah indra.. nak sama la sebb adik bradik)..sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir indra meminta bantuan pembantunya iaitu kekuratua yang mana kekuratua ialah seekor kura2 tua yang besarnya hampir sama dengan monyet2 lain muncul dari bawah tanah..setiap pemegang identiti pisang mempunyai pembantu atau teman seperjuangan yang bukan daripada golongan monyet ( mengkuatkan ikatan silaturahim la antara binatang - binatang.. hahaha).. kenapa dia tidak memanggil kekuratua awal2?...ini kerana kekuratua adalah lebih kepada defensive kerana cengkerangnya yang kuat itu.. untuk menyerang amat sukar sekali kerana pergerakannya yang teramat la perlahan..lalu kekuratua pun mengambil angga dan memasukkanya kedalam cenkerang beliau... angga tidak boleh membuat apa2.. tengok je la abang dia dibunuh oleh menteri tersebut..lalu kekuratua pun masuk kembali kedalam tanah untuk bersembunyi bersama2 angga dan juga senjata identiti abang angga...setakat ini dlu siri 2.. dah panjang lebar ni.. ish2.. apakah yang akan terjadi kepada angga dan kekuratua??.. adakah beliau akan menuntut bela atas kematian abngya??..beliau terpaksa mendapatkan bantuan daripada rakan2 pentadbir yang lain bagi menghalang kemaraan manusia yang menceroboh ke tanah besar Bukit Pisang.. macam mana mereka mahu melepaskan diri dari menteri yang ketiga yang telah membunuh abang angga??...stakat disini dulu.. akan bersambung dihari yang akan diberitahu kelak.. hahahaha.. seperti biasa trademark kte...hahahahaha gelak sokmo kte.. selamat membaca dan selamat melayan..ikhlas dari hati..
Siri 3 dah klua - Siri 3

Saturday, March 27, 2010

Keliru..

KELIRU!!!...hahaha...ape kes keliru??...sebenarnya ada sedikit kekeliruan berlaku disini diantara pengguna2 blog yang baru dan lama student uniten dimana adakah perlu untuk membuat blog baru yang hanya khusus untuk internship atau tidak.. ini kerana ramai la student uniten skang termasuk aku.. hahaha yang dah ade blogspot kot?... x pun blog sendri sbb kena paksa buat just tuk dapat markah untuk intern ktorang.. walaupun aku dah ade blog lain.. huhuhu blog lain tu tempat letak gamba2 kenangan aku je.. besa kot space dia 25gb huhuhu.. ko sumbat la ape ko ske dalam tu.. ok berbalik kepada kekeliruan disini.. adakah perlu untuk hanya menggunakan blog ini untuk intern atau boleh dicampur adukkan kesemuanya sekali??..aku pun tak tahu sebenarnya.. hahaha diharap kepada sesiapa yang arif atau pun muhammad ariff bin azman tapi bukan muhammad atiff bin fared ok... untuk memberikan jawapan yang boleh memecahkan kekeliruan disini.. jawapan dari pihak anda amat lah saya hargai dan waspada selalu (WTH??).. hahaha hingga disini saja bersamamu blogspot dan mungkin akan bersambung dihari dan waktu yang sama hanya di http://www.monyetdanpisang.blogspot.com/ haha.... sebelum mengundur diri izinkan saya menyampaikan trademark saya... hahahahaha.. gelak sokmo kte...babai dan selamat maju jaya.. maju la sukan untuk negara... TQ..

Friday, March 26, 2010

Pendek

APSAL PEDNEK!!.. hahahaha aku baru je menuai rambut diatas kepala ku semalam.. hahaha.. sebab ape aku nak mengarut dalam ni??.. mesti la ada sebab tersendiri dan istimewa gua nak cakap kat lu beb..hahaha sebabnye ialah cara aku menuai rambut kali ni agak berbeza sedikit dengan kebiasaan yang aku slalu buat dlu, dimana dlu2 aku just botak je.. tapi kali ini lain sket sytle.. aku suh abang si pengunting rambut tu potong pendek.. tapi apa yang dia potong lain dari apa yang aku nak..aku pun terima la seadanya..lawak pun ade dah macam aska aku tgk sbb rambut ni tegak je. ish2 teruk btol.. hahahaha.. tapi yang best kalo x mandi dia nmpk macam ko dah mandi. hahaha so nak g kelas ke final exam ke x yah mandi pun x pe..bodo ape x mandi ko nak jadi kambing???.. hahahaha.. dah la adik aku bawak mmb mmb dia datang umah aku smalm..hbs malu aku kena gelak ngan budak tu..siot btol.. tau la lawak tapi x yah la gelak slow2 gelak je kuat2 klua kan semuanya..padan muke gugur pahala dan ilmu hahahaha.. men2 je... senyum pun dah ok.. hahaha...sebab lain aku potong rambut ni kerana dah nak start praktikal dah so kena la semart sket.. hahahaha... tu je aku nak mengarut x mo dah ngarut panjang2 macam post sblm ni nnt ramai lak peminat payah.. hahahah seperti biasa trademark kte.. ready ready.. satu... dua. tiga... hahahahaha wakakakakaka... gelak sokmo kte..hahaha