Selepas melihat kematian abangnya dan telah cedera parah ditumbuk oleh salah seorang musuh ketua mereka, angga telah diselamatkan oleh kekuratua yang diseru oleh abangnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Angga bersama-sama kekuratua dan senjata identiti abangnya telah melarikan diri dan bersembunyi didalam tanah dengan bantuan dan kemahiran yang ada pada kekuratua. Melihat angga dan kekuratua telah melarikan diri dengan menggali tanah dan menutupnya semula, saiyu iaitu menteri yang telah membunuh abang angga pun mengarahkan pengikut-pengikutnya untuk menggali dan menjejaki kesan yang ditinggalkan oleh kekuratua tersebut dengan harapan untuk merampas senjata identiti yang dilarikan bersama-sama mereka.
Mengetahui yang saiyu dan askar-askarnya sedang mengikuti mereka, kekuratua terus bergerak dengan laju tanpa menutup kembali lubang yang digalinya untuk menjarakan lagi jarak diantara mereka dan askar-askar saiyu. Dengan keadaan kekuratua yang perlahan itu dia terpaksa naik ke atas permukaan yang penuh dengan hutan rimba dan meletakan angga bersama dengan Pisang Emas (senjata identiti abang angga) didalam sebatang pokok yang mempunyai rekahan yang amat sesuai untuk bersembunyi. Selepas meletakan Angga dan Pisang Emas, Kekuratua pun kembali semula kebawah tanah dan berpatah balik mengikut jalan yang telah ia lalui. Tujuan Kekuratua adalah untuk mengelakan Angga dan Pisang Emas ditemui oleh pihak musuh. Setelah mengetahui yang askar-askar Saiyu telah hampir, Kekuratua pun menguatkan pertahan dan menyembunyikan diri didalam cengkerangnya yang keras dan tebal. Kekuratua hanya menunggu askar-askar manusia menemuinya dengan harapan mereka akan menangkap dan menjadikanya tawanan bagi mengelakan Angga dan Pisang Emas ditangkap oleh manusia. Akhirnya askar-askar saiyu pun menemui Kekuratua dan mendapati yang ianya amat la keras dan amat sukar untuk membuatkan ianya menyerahkan Angga dan Pisang Emas. Saiyu yang merasa geram terhadap Kekuratua pun mengarahkan askar-askarnya untuk menangkap Kekuratua dan membawanya balik ke Kem mereka untuk memaksa Kekuratua menyerahkan Angga dan Pisang Emas.
Tindakan bijak Kekuratua telah menyelamatkan Angga dan Pisang Emas dari tangan saiyu yang ingin merampas senjata identiti abang Angga untuk menguatkan lagi kaum manusia. Tetapi apa yang akan terjadi kepada Angga dan Pisang Emas setelah ditinggalkan oleh Kekuratua, dapatkah dia mencari jalan untuk menyelamatkan Kekuratua dan memberi amaran kepada pentadbir-pentadbir monyet yang lain tentang pencerobohan manusia keatas kampungnya. Apakah yang akan dilakukan oleh Saiyu terhadap Kekuratua yang telah ditangkapnya untuk mendapatkan Angga, bagaimanakah nasib Kekuratua setelah Saiyu mengetahui yang dia telah ditipu oleh Kekuratua. Semua ini akan diceritakan dalam siri yang akan datang.
Huhuhu… akhirnya dapat jugak aku menyiapkan siri ketiga dogeng Monyet dan Pisang ni… sebelum ni aku busy dengan LI la ape la bola la… aku berharap korang dapat memahami jalan cerita yang pendek ini… hahaha… kalau ade idea dan jalan cite yang nak ditambah… aku alu2 kan dan berterima kasih… nak kutuk pun kutuk je… senang aku nak rate akunye imagination ni… hahaha… macam banci la… pepehal pun layan je la… dan jangan kte lupe trademark kte sebelum mengundurkan diri… 1, 2, 3, hahahahahaha wakakakakakaka… gelak sokmo dan senyum selalu ye… alahai senyum la senyum la cekmek molek… huhuhu stakat ni je la.. bye bye tata titi tutu totot…. Hahahahahahahaha……

No comments:
Post a Comment