Monday, August 23, 2010

resipi baru telur


kat sini aku nak cite yang aku telah menemui resepi baru telur ayam!!!... iaitu telur ayam telan terus... hahaha... telur mentah la sebenarnye... peh rasanya mmg menusuk kalbu sampai membuatkan aku demam... macam haram... sape2 yang bran sila la cube... 1st try aku telan 2 biji skali ngan telur kuning... hahaha... ni je untuk post kali ni... pendek je... sbelum mengundur diri jgn lpe trade mark kte... hahahahahaha wakakakaka... gelak sokmo kte... bye2...

Wednesday, August 18, 2010

Emas Dinar dan Perak Dirham di Kelantan

TEKS UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT TUAN GURU DATUK MENTERI BESAR KELANTANSEMPENA MAJLIS PERASMIAN PELANCARAN MATA WANG SYARIAHEMAS DINAR & PERAK DIRHAM KELANTAN
PADA : 2 RAMADHAN 1431H / 12 OGOS 2010M
BERTEMPAT DI PUSAT DAGANGAN KELANTAN,KOTA BHARU, KELANTAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِوَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ (20)- يوسف
Yang bermaksud : Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, yaitu beberapa dirham saja, dan mereka merasa tidak tertarik hatinya kepada Yusuf

Alhamdulillah, kita lafazkan setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah S.W.T. yang telah mengizinkan kita semua untuk berada di dalam Majlis Perasmian Pelancaran Matawang Syariah Emas Dinar & Perak Dirham Kelantan ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak urusetia di atas pelancaran ini yang saya anggap satu kejayaan besar di dalam merintis jalan mengembalikan kekuatan ekonomi ummah. Ucapan terima kasih saya rakamkan kerana diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan dan amanat pada majlis perasmian ini.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.
Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam. Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar.

Di dalam sejarah, wang dalam pelbagai bentuknya sebagai alat tukaran di dalam jual beli telah dikenali ribuan tahun yang lalu seperti dalam sejarah Mesir kuno sekitar 4000 tahun sebelum masehi. Sekalipun pada masa itu sistem barter trade dianggap sebagai sistem yang utama, namun sistem mata wang yang diperkenalkan tidaklah menjadi satu budaya yang asing. Ayat yang telah saya bacakan tadi menunjukkan bagaimana kisah Nabi Yusuf alahissalam di Mesir yang telah dijual oleh para pedagang dengan hanya beberapa dirham. Perkataan dirham itu membuktikan bahawa mata wang telah wujud semenjak pada zaman itu lagi.

Wang emas dan perak pula diperkenalkan oleh Julias Caesar dari Romawi sekitar tahun 46 sebelum masehi. Pada masa itu, standard tukarannya di antara wang emas dan perak ialah dengan nisbah 12 : 1. Penggunaan wang emas dan perak ini telah menjadi satu alternatif kepada sistem barter trade iaitu tukaran barang dengan barang. Jika di masyarakat Romawi pada masa itu lebih cenderung menggunakan wang dinar, di sebelah parsi pula wang dirham digunakan secara meluas. Kedua-duanya digunakan oleh orang-orang Arab Jahiliyyah yang terkenal dengan sifat rajin berniaga.

Firman Allah SWT :لِإِيلَافِ قُرَيْشٍ (1) إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ (2) فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ (3) الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآَمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ (4)

Yang bermaksud : Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah) (Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman) dan pada musim panas (ke negeri Syam), Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Di zaman Rasulullah SAW, sistem jual beli semuanya berasaskan kepada dinar dan dirham. Ia diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya sehingga ke Kepulauan Tanah Melayu di era kesultanan Melayu Melaka. Ini membuktikan dinar dan dirham yang berteraskan emas dan perak ini merupakan mata wang yang paling stabil pernah digunakan oleh umat manusia.



Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat di seluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa. Ini sekaligus menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun. Di dalam al-Quran juga dinyatakan kisah ashabul kahfi yang menggunakan wang perak untuk membeli makanan selepas tersedar dari tidur.

Firman Allah SWT :فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنْظُرْ أَيُّهَا أَزْكَى طَعَامًا فَلْيَأْتِكُمْ بِرِزْقٍ مِنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا – سورة الكهف، 19

Yang bermaksud : Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, Maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun.

Di dalam ayat ini, diceritakan bagaimana pemuda-pemuda ini yang telah ditidurkan oleh Allah SWT selama 309 tahun di dalam sebuah gua telah mengutuskan salah seorang rakan mereka untuk membeli makanan dengan membawa wang perak. Dalam erti kata lain, di dalam masa 309 tahun, wang perak yang digunakan masih stabil dan mampu digunakan bagi membeli makanan untuk beberapa orang. Inilah bukti bagaimana dinar yang berasaskan emas dan dirham yang berasaskan perak mempunyai nilai yang stabil dan selamat dari inflasi. Ini berbeza dengan wang kertas. Sesuatu yang dapat dibeli dengan nilaian RM30 misalnya 50 tahun yang lepas sudah tidak boleh dibeli dengan nilaian yang sama pada hari ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Bagaimanapun, penggunaan wang dinar dan diirham ini gagal diteruskan dengan kemerosotan empayar Islam pada abad ke 13 Masehi. Hadirnya penjajah yang membawa misi God, Glory and Gold iaitu agama, tanah jajahan dan kekayaan mengakibatkan umat Islam berjaya digoncangkan pegangan mereka terhadap agamanya sendiri lalu tinggallah Islam sebagai agama yang disebut di dalam masjid dan madrasah semata-mata dan tidak lagi didaulatkan sebagai syariat yang memerintah. Nilai jatidiri yang merosot menyebabkan mereka bergantung dengan penjajah di dalam mengatur urusan ekonomi. Apabila tidak wujud pergantungan dengan Allah SWT dan mengenepikan syariat sendiri, umat Islam menjadi umat yang putus hubungannya dengan Allah. Bagaikan layang-layang yang putus talinya, mungkin ia terbang tinggi tetapi dengan cepatnya ia akan terhempas jatuh ke tanah.

Antara implikasi yang paling ketara dengan kehadiran penjajah ialah memperkenalkan sistem wang kertas yang kononnya disandarkan pada nilaian emas. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai, apa yang bernilai ialah bayaran yang diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai.

Wang kertas yang hanya dinilai mengikut keadaan ekonomi semasa sesebuah negara dan ini sebenarnya lebih teruk dari bas dan keretapi tadi. Hakikatnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00.

Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas. Kebebasan mencetak wang kertas ini menyebabkan berlakunya inflasi apabila dikeluarkan dengan banyak tanpa kawalan. Ia juga mengakibatkan berleluasanya amalan riba serta terdedah kepada aktiviti manipulasi dan gharar yang jelas dilarang oleh Islam. Dari sudut yang lain, wang kertas inilah yang menjadi talian hayat kepada kapitalis untuk terus berkuasa dan menindas ekonomi umat Islam. Di dalam sejarah, Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Richard Nixon pada tahun 1971 telah memungkiri janji apabila mencetak dollar dengan tidak bersandarkan kepada emas untuk menyelamatkan negaranya yang hampir bangkrap.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, kita di Kelantan menyedari betapa perlunya kekuatan ekonomi umat Islam ini dikembalikan. Pertama untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan kedua untuk kesejahteraan seluruh umat manusia agar hidup aman damai tanpa sebarang penindasan ekonomi. Kita mulakan di Kelantan dengan mengarahkan wang kerajaan yang disimpan di dalam bank riba dipindahkan masuk ke dalam perbankan Islam. Langkah ini untuk mengelakkan wang kerajaan terlibat dengan unsur-unsur riba. Kita turut perkenalkan al-Rahn sebagai tempat untuk menerima barang gadaian dengan tidak mengenakan riba.

Kita juga mempelopori langkah tidak mengenakan sebarang faedah kepada kakitangan kerajaan negeri yang membuat pinjaman. Semuanya ini dibuat dengan penuh rasa yakin kepada Allah SWT dan sehingga hari ini alhamdulillah kita tidak menghadapi sebarang masalah. Hari ini kita telah maju setapak lagi di dalam usaha mengembalikan kekuatan ekonomi ummah dengan melancarkan mata wang syariah dinar emas dan perak dirham Kelantan. Saya difahamkan usaha penggunaan mata wang syariah ini akan diperluaskan dengan pembayaran zakat melalui dinar dan dirham. Di samping itu, saya dimaklumkan terdapat lebih 1000 buah kedai di sekitar bandar Kota Bharu yang sedia berurusan dengan pelanggan dengan menggunakan mata wang syariah dinar emas dan perak dirham yang dilancarkan hari ini.

Selain itu, pihak kerajaan akan melantik ejen jual beli yang beroperasi seperti money changer bagi memudahkan urusan tukaran mata wang ringgit dan mata wang syariah. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Sekalipun mungkin usaha ini dipandang kecil, tetapi ia tetap merupakan satu permulaan yang baik untuk mengembalikan kesedaran ummah keseluruhannya.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah di atas perasmian pelancaran matawang syariah emas dinar dan perak dirham ini khususnya kepada YB Dato' Haji Husam bin Musa yang merupakan penggerak utama terhadap usaha ini. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran di sisi Allah SWT :
أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
- 

Superconductor yang ajaib



woooo~~.. di pagi sahur ni sambil menunggu subuh... type la sket2 kat blog ni... menu untuk sahur kita ialah roti 3 keping tanpa kaya sebab kaya dah habis dan aku lupe nak beli bersama satu ratchet susu kambing HI GOAT dan telur separuh masak 2 bijik... nyum2... hahaha... ni boleh dikatakan menu harian aku di rumah sewa la... kalau balik umah mak ayah aku xde nye makan macam ni... makan nasi je terus... otai gle... hahaha... k cukup mengarut disini... kte terus ke tajuk post iaitu superconductor di perenggan bawah ini ye... hahaha...


Superconductor atau dalam bahasa melayunye dipanggil Konductor kuat (menggunakan direc translation superman = orang kuat) adalah material yang berken
aan FYP aku... aku x de la kena study superconductor ni sbb aku rasa dah banyak research dibuat untuk menkaji fenomena superconductor ini dimana ianya adalah satu fenomena yang menarik rahsia Allah S.W.T dimana characteristic mungkin akan membuatkan anda terbang kebulan seperti melihat iklan kopi kapal api... hahaha...


characteristic yang pertama yang aku nak cite kat sini ialah, kebolehan arus melalui superconductor ini tanpa mengalami sebarang lost pun pada arus tersebut berbanding arus yang melalui bahan bukan superconductor akan mengalami lost bergantung kepada material yang digunakan... sebagai contoh kalau la current yang lalu dalam superconductor tu 5 amp maka current tu akan terus mengalir dan mengalir selama 50 tahun tanpa sebarang kekurangan pun pada 5 amp tadi... x payah payah2 supply current, gne yang dah ade je... berbeza pula dengan current (arus) yang lalu dalam material biasa... kalau 5 amp disalurkan, maka apabila cukup beberapa pusingan lengkap arus 5 amp tadi akan berkurangan, x sampai sehari kot?? arus td bertukar menjadi heat...


kejaiban yang kedua nak cita kat sini ialah kebolehan superconductor ini menerapungkan besi, malas la plak nak cite macam mane dia jadi... hahaha... tetapi kegunaan dia ialah pada keratpi kat jepun dan german yang dikenali sebagai maglev atau nama panjangnye magnetic levitation iaitu mengapungkan train tersebut diatas udara bagi mengurangkan friction dan geseran antara kereta api dan landasan, cuma ade drag force je yang mengurangakn halaju keretapi tu... kerata api ni boleh mencapai halaju selaju 580km/h macam bullet train tu...

sekian disini sahaja la pengkosian ilmu tentang superconductor ini... aku x buat research pasal superconductor ni sgt pun just buat research macam mana nak strengthen natang ni je... nak kuatkan dia supaya boleh di pakai diamana2 jua... hahaha... ada masa dan ilmu baru aku buat post baru pasal superconductor ni... sebelum mengundur diri jangan lpe trademark kte iaitu... 1, 2, 3, hahahahahahaha wakakakakakaka... gelak sokmo kte... bye2 dan Assalammualaikum.


Sunday, August 15, 2010

Berdoa la dan meminta ampun la kepada Allah

Dalam sebuah hadis shahih, rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Allah Yang Maha Tinggi berfirman yang bermaksud:

Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan mengharapkanKu, maka Aku akan mengampunimu atas semua dosa yang kamu lakukan dan aku tidak peduli, Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit, kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli, Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan dosa yang sebesar seisi bumi seluruhnya kemudian datang menemuiKu dan tidak menyekutukanKu dengan yang lain, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang sebesar seisi bumi seluruhnya."

Wednesday, August 11, 2010

Match Bola Pembuka Bulan Ramadhan


Lagi berapa hari je lagi nak puasa ktorang pun buat la frendly yang terakhir sebelum masuknya bulan pose iatu fendly bersama pasukan yang majoritinye semua budak kelantan... hahaha... tempatnye pulak dekat tempat sama match 1 malaysia ktorang minggu lepas iaitu stadium Hospital Besar KL (HUKL btol ke?... hahaha)... sehari sebelum perlawanan aku telah diberitahu oleh shahir, shah dan baby suh datang esok kol 8 kat padang I macam biasa bawak kaum kerabat aku... hahaha... aku pun ajak la adik aku iaitu akhyar, abrar dan abang aku jalil... semuanya power men bola tapi jalil x jadi men sebab xde tight... tah pepe tah... pakai je la slua panjang macam aku... segan2 lak... hahaha...

match kali ni ktorang datang awal sket la... janji kol 9 ktorang sampai kol 915.. ok la tu awal sket dari dlu punye match... hahaha... walaupun ktorang sampai kol 915 tapi still lagi ade yang tengah sesat2 kat KL tu... sape la ye... hahaha... pusing punye pusing x jumpe2 stadium padahal tepi jalan je... hahaha... match start sharp kol 930 kot... aku pun lpe sbb duk syok panas badan...hahaha... pret!!!... perlawanan pun bermula... aku pun main la cam nak mati punye nak mati... hahaha... separuh masa pertama mmg aku men cam taik... tah ape tah aku buat asik nak kasi true yang x jadi je... penat mmb nak keja... hahaha... bola plak macam haram licin!!!!... macam mane nak perform... x biasa langsung main dengan bola licin so ade alasan aku men cam taik pada separuh masa pertama.... hahaha... 1st half ktorang bolos satu gol kepada team "Kelantan" hasil kesilapan adik aku aburo (abrar) yang x reti men def nak men def... hahaha... keeper ktorang iaitu shah x leh nak buat ape2 mamat tu rembat macam reban ayam punye laju... hahaha.... so akur je la...

2nd half lagi menarik... yeah2... hahaha... 2nd half adik aku akhyar plak masuk jadi def... hahaha... budak ni dah la x reti men def... dia kata dia nak men midfield... tah boleh ke x... tapi lantak ko la kiya.... men je la def tu... janji dapat pengalaman... aku dlu nak men bola pun punye la payah... asik x diajak je... T_T sedih ni... nak jerik sero... wawawawa... hahaha... ok dah2... masuk je 2nd half aku dah tuka corak permainan aku... yeah!!! kte men bolot ala2 zidane + messi... kali ni banyak aku dapat peluang tapi disebabkan adik aku bero yang slow tu so x dapat la nak buat 1-2 pass... hahaha... men punye men tgk2 masa corner player "kelantan" buat hand dalam kotak penalti... peh dapat 1 gol free so kedudukan 1-1... yeah!!!... lepas tu ktorang kongker game (conquer)... banyak la percubaan untuk melepasi benteng pertahanan "kelantan"... payah punye pasal.... mmb aku si megat ni g try dari jauh... poooom!!! bola melambung masuk gol... hahaha... 2-1 dari megat... yeah....

Ktorang dah merasakan kemenagan dah masa ni.... hahaha... aku tgk team "kelantan" tu pun ramai yang dah semput... aku still boleh lagi... hasil training la ni kot... hahaha... ni yang aku nak cite ni camne ktorang dapat gol yang ketiga... pergerakan dimulakan dengan aku membawa bola dari tengah dengan lajunye... aku bawak punye bawak dari tengah sampai la ke kawasan kotak penalti depan panjaga gol... aku rasa aku gelecek 5 orang def diorang kot... hahaha... dalam kotak penalti aku dikepung oleh 3 orang pemain... peh masa tu ape lagi klua skill ZIDANE!!!... hahaha tercapai gak hajat nak wat skill zidane dalam padang... lepas kot 3 orang yang dtng kepung aku nak ambik bola tu... tapi sayang ade seko mamat ni sepak kaki aku... pret!!! ref kasi kad kuning kat dia lepas tu ktorang dapat penalti... yeah!!!.. gol daripada penalti lagi... hahaha.... so keputusan 3-1...

hehehe skill zidane... hahaha

selepas selesa dengan kuputusan 3-1 aku pun x tahu la nape def tetibe jadi lemau je... so keputusannye ktorang seri 3-3... hahaha... jangan tanya aku sebab ape boleh seri 3-3 lepas leading 3-1... aku x tahu aku x tahu... hahaha... pepehal pun game ni mmg best dan layan... ktorang men 80 minit... 40 minit 1st half dan 2nd pun 40 minit so 80 minit la... tapi aku still lagi semput ... dem... nak kena up lagi ni ... hahaha... buat stakat ni je la.. ye... oh lpe masa ni ktorang pakai jersey baru... sponsor from adidas... hahaha... buat disini sahaja ye... sebelum mengundukan diri tidak dilupakan trademark kte... ready3... 1,2,3 hahahahaha wakakakakaka... gelak sokmo kte... bye tata titi tutu...


Monday, August 2, 2010

Match Bola 1 Malaysia

Shahir kena Red card ngan ref (zidane tu aku)... hahaha

Ahad semalam bertempat di Stadium (yang x macam stadium) kepunyaan Hospital Besar KL (HUKL betol ke???) frendly diantara team bola padang depan umah aku iaitu padang I menentang pasukan dari kaum cina yang aku tak tahu ape nama team tu... huhuhu...yang diadili oleh maniam ref dari kaum india... so match ni pun dipanggil match 1 Malaysia... geng melayu lawan geng cina dan diadili oleh kaum india... satu perlawanan yang sihat dan menarik...

Match dijanjikan bermula pada pukul 9 dan ktorang akan berkumpul pukul lapan tapi standed a janji melayu kol 8 seko pun x de.... tunggu punye tunggu kol 9 baru gerak sedangkan match kol 9 ayam punye budak2...

dah sampai padang ktorang nampak geng2 cina tu tgh training dan panaskan badan, yang maniam ni plak lepak kedai mamak makan roti canai ngan teh tarik (terbaik la maniam... hahaha)... game start kol 10 dengan matahari panas terik kat atas kepala mmg satu pengalaman yang best didunia~~~... game baru je start 15 minit.. pret ref klua kan kat merah kat shahir sebb mencarut kat sorang cina ni... ayam punye shahir x leh control panas baran btol... hahaha...

dengan berbekalkan 10 orang ktorang pun main la ditengah padang yang panas sampai habis 1st half dengan jumlah jaringan 0-0 (T_T). maniam pun datang cakap kat ktorang boleh men 11 orang tapi shahir x boleh... yahooo... punye la gembira xde la penat macam ayam main kat atas padang tu... game pun berkesudahan dengan ktorang menang 1-0 jaringan tunggul daripada sedara epul kte ( aku rasa aku yang mulakan gerakan ni... hahahaha)...

Secara keseluruhannye aku men agak puas ati bagi diri aku sebab dah x semput cam dlu... sakit perut pun sebab termakan daging masak pedaas mak aku pagi2 pastu dicampo plak air gas 100 plus... peh mmg macam pusaran angin taufan dah dalam perut tu... hahaha... takat ni je la nak cite ye cu... sblm atok mengundurkan dri atok nak sampaikan trademark atok... 1, 2, 3, hahahahaha wakakakakaka.... gelak sokmo kte k... buybuybuy bububu caca cici cokcok...