Monday, March 29, 2010

Kisah disebalik Toman

TOMAN!!!..hahaha.... semalam aku bersama afiq dan ijat pergi la bermain joran dekat empangan batu ulu yam... peh nak pegi sini punye la pening sbb jln dah lain disebabkan adanya jalan keretapi yang baru siap.. so ktorang terpaksa mencari macam mana nak masuk jalan yang lalu atas laluan keretapi tu sbb jln tu la yang akan pergi ke ulu yam. pusing punya pusing jumpe la jalan..nak harap kan ijat suh tunjuk jalan x payah la duk berdengkur kat sblh aku.. bodo punye ijat. hahahaha... seperti biasa sebelum naik ke empangan ktorang akan beli umpan anak keli tuk tangkap toman ni.. anak keli je la.. nak tangkap bapak toman joran plak pakai yang murah.. patah plak joran tu nnt, x pun putus tali tu je hahaha... so ble dah sampai ktorang tgk 1st port dlu.. peh ramai then g depan sket kat port biasa.. ok la x ramai mana so park kat sebelah lori jual air bawak turun joran2 mahal semua prepare tuk mancing... kat area tu ada la dalam 3-5 orang yg tgh memancing.. ktorang pasang umpan then campak je masuk dalm tasik tu... pop x sampai 5 minit joran afiq mengena. peh dia punye la bangga sampai tergelak x nak g angkat joran dia.. aku gak kena trn cepat2 takut joran tu terbang macam yang aku penah kena dlu.... lawan2 ngan ikan tu x best langsung.. hahahah macam men tarik tali ngan bayi je.. hahaha akhirnya dapat la seko ijat.. eh silap ikan.. tu ikan 1st ktorang aritu.. jumlah hasil kesemuanya 2 eko je.. pun joran afiq yang kena, tapi yang kedua ni dia yang tarik naik atas... hari tu mmg bising gle tengah mancing ramai datang usha ktorang dah macam kat kenduri kawen sbb ade plak rombongan meminang datang benti kat port tu.. ape dia ingat RnR ke ape...hahaha dan paling best mamat yang kat sebelah tu panas je.. hahaha baru datang 5 minit dah kena.. dia punya la setengah hari tunggu..last2 balik ngan tangan kosong.. hahahaha... tu je la nak cite.. tapi panjang lagi ni. ish2.. sian2.. hahahaha pepehal pun trademark kte jgn lpe.. wakakakakaka gelak sokmo kte.. huhu babai..

Kisah Monyet dan Pisang (siri 2)

SIRI 2!!..ok dalam siri sebelum ini telah aku gambarkan macam mananye keadaan bumi pada kira2 tiga ribu lima ratus tahun dahulu yang mana kaum monyet menjadi majoriti penduduk pada masa itu..sebuah perkampungan jauh disebelah barat tanah besar Bukit Pisang (antara 3 tanah terbesar diatas muka bumi pada ketika itu) yang diberi nama kampung Pisang Berat sempena senjata yang digunakan oleh pentadbir kawasan itu bagi melindungi kawasan tersebut sejak turun temurun lagi. Kampung ini adalah antara kampung yang paling hampir dengan tanah manusia dan pada ketika itu kampung ini telah diserang hebat oleh kaum manusia.. banyak ladang2 pisang dimusnahkan dan banyak monyet2 yang tinggal disitu dibunuh dan dimakan otak2 mereka ( aku x tahu asal manusia suke makan otak monyet.. hahaha)..didalam usaha manusia merampas kampung Pisang Berat ini mereka terpaksa berhadapan dengan seekor monyet yang memegang identiti pisang (bermakna monyet ni dikalangan monyet2 pentadbir yang mempunyai bakat yang hebat a - refer siri 1)..monyet ini diberi gelaran pembawa pisang emas kerana dibelakangnya terdapat satu senjata yang menyerupai pisang yang saiznya sama dengan dengan saiz tubuh badannya serta warna kuning keemasan terangnya (inilah identiti pisang monyet tersebut)..bersama dengan beliau ialah adiknya (mereka berdua ini yatim piatu.) yang bernama angga...angga tidak mempunyai sebarang senjata yang istimewa tetapi beliau hebat dalam mengendalikan boomerang dan mahir berlawan menggunakan ranting2 kayu yang berbentuk pisang...didalam pergaduhan diantara 2 adik beradik ini, mereka telah berpecah yang mana angga terpaksa bertungkus lumus menyekat askar2 manusia daripada terus memasuki kampung tersebut dibantu dengan penduduk2 disitu dan abangnya pula sedang berhadapan dengan tiga wakil dari kaum manusia yang mana ketiga2 mereka ini adalah antara 5 menteri bagi kaum manusia pada masa itu ( siapa yang menjadi menteri bermakna mereka lah yang paling kuat sekali sbb masa ni sapa kuat dia yang berkuasa)...manusia mendapat matlumat yang abang angga ada bersama mereka bagi melindungi kampung Pisang Berat, jadi mereka telah menghantar 3 menteri bagi menjayakan misi tersebut...akibat terlalu ramai yang datang menyerang kampung tersebut, angga tidak dapat bertahan dan ramai rakan2 seperjuangannya telah tumpas ditangan manusia.. tanpa berfikir panjang, angga pun berundur mencari abangnya kerana mereka tidak lagi dapat bertahan dan lebih baik berundur bagi mendapatkan bantuan dari pentadbir2 yang lain..apabila sampai ditempat abangnya bertarung dengan 3 menteri td angga melihat 2 daripada menteri tersebut telah jatuh rebah diatas tanah dan abangnya telah luka parah.. dihadapan abangnya berdiri seorang manusia yang masih lagi bertenaga dan tegap..badan manusia tersebut tidak terlalu besar seperti 2 menteri yang lain..amat cemas angga melihat abangnya yang sudah luka parah akibat bertarung dengan ketiga2 menteri tersebut..maka dia pun menjerit kepada abangnya untuk berundur.."bang kte dah x boleh bertahan semua dah musnah.. mari bla kte cari rakan2 yang lain!!...".. tetapi abangnya sudah tidak bermaya lagi untuk bergerak..menteri yang masih berdiri gagah itu pun menyerang angga dengan kepantasan yang amat menakjubkan dengan satu tumbukan tepat pada dada angga lalu angga pun jatuh termuntah darah..(x pengsan lagi)..selepas itu menteri tersebut menamatkan riwayat abang angga dengan menggunakan pedang yang berwarna biru tepat menembusi dada abangya (oh nama abang angga ialah indra.. nak sama la sebb adik bradik)..sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir indra meminta bantuan pembantunya iaitu kekuratua yang mana kekuratua ialah seekor kura2 tua yang besarnya hampir sama dengan monyet2 lain muncul dari bawah tanah..setiap pemegang identiti pisang mempunyai pembantu atau teman seperjuangan yang bukan daripada golongan monyet ( mengkuatkan ikatan silaturahim la antara binatang - binatang.. hahaha).. kenapa dia tidak memanggil kekuratua awal2?...ini kerana kekuratua adalah lebih kepada defensive kerana cengkerangnya yang kuat itu.. untuk menyerang amat sukar sekali kerana pergerakannya yang teramat la perlahan..lalu kekuratua pun mengambil angga dan memasukkanya kedalam cenkerang beliau... angga tidak boleh membuat apa2.. tengok je la abang dia dibunuh oleh menteri tersebut..lalu kekuratua pun masuk kembali kedalam tanah untuk bersembunyi bersama2 angga dan juga senjata identiti abang angga...setakat ini dlu siri 2.. dah panjang lebar ni.. ish2.. apakah yang akan terjadi kepada angga dan kekuratua??.. adakah beliau akan menuntut bela atas kematian abngya??..beliau terpaksa mendapatkan bantuan daripada rakan2 pentadbir yang lain bagi menghalang kemaraan manusia yang menceroboh ke tanah besar Bukit Pisang.. macam mana mereka mahu melepaskan diri dari menteri yang ketiga yang telah membunuh abang angga??...stakat disini dulu.. akan bersambung dihari yang akan diberitahu kelak.. hahahaha.. seperti biasa trademark kte...hahahahaha gelak sokmo kte.. selamat membaca dan selamat melayan..ikhlas dari hati..
Siri 3 dah klua - Siri 3

Saturday, March 27, 2010

Keliru..

KELIRU!!!...hahaha...ape kes keliru??...sebenarnya ada sedikit kekeliruan berlaku disini diantara pengguna2 blog yang baru dan lama student uniten dimana adakah perlu untuk membuat blog baru yang hanya khusus untuk internship atau tidak.. ini kerana ramai la student uniten skang termasuk aku.. hahaha yang dah ade blogspot kot?... x pun blog sendri sbb kena paksa buat just tuk dapat markah untuk intern ktorang.. walaupun aku dah ade blog lain.. huhuhu blog lain tu tempat letak gamba2 kenangan aku je.. besa kot space dia 25gb huhuhu.. ko sumbat la ape ko ske dalam tu.. ok berbalik kepada kekeliruan disini.. adakah perlu untuk hanya menggunakan blog ini untuk intern atau boleh dicampur adukkan kesemuanya sekali??..aku pun tak tahu sebenarnya.. hahaha diharap kepada sesiapa yang arif atau pun muhammad ariff bin azman tapi bukan muhammad atiff bin fared ok... untuk memberikan jawapan yang boleh memecahkan kekeliruan disini.. jawapan dari pihak anda amat lah saya hargai dan waspada selalu (WTH??).. hahaha hingga disini saja bersamamu blogspot dan mungkin akan bersambung dihari dan waktu yang sama hanya di http://www.monyetdanpisang.blogspot.com/ haha.... sebelum mengundur diri izinkan saya menyampaikan trademark saya... hahahahaha.. gelak sokmo kte...babai dan selamat maju jaya.. maju la sukan untuk negara... TQ..

Friday, March 26, 2010

Pendek

APSAL PEDNEK!!.. hahahaha aku baru je menuai rambut diatas kepala ku semalam.. hahaha.. sebab ape aku nak mengarut dalam ni??.. mesti la ada sebab tersendiri dan istimewa gua nak cakap kat lu beb..hahaha sebabnye ialah cara aku menuai rambut kali ni agak berbeza sedikit dengan kebiasaan yang aku slalu buat dlu, dimana dlu2 aku just botak je.. tapi kali ini lain sket sytle.. aku suh abang si pengunting rambut tu potong pendek.. tapi apa yang dia potong lain dari apa yang aku nak..aku pun terima la seadanya..lawak pun ade dah macam aska aku tgk sbb rambut ni tegak je. ish2 teruk btol.. hahahaha.. tapi yang best kalo x mandi dia nmpk macam ko dah mandi. hahaha so nak g kelas ke final exam ke x yah mandi pun x pe..bodo ape x mandi ko nak jadi kambing???.. hahahaha.. dah la adik aku bawak mmb mmb dia datang umah aku smalm..hbs malu aku kena gelak ngan budak tu..siot btol.. tau la lawak tapi x yah la gelak slow2 gelak je kuat2 klua kan semuanya..padan muke gugur pahala dan ilmu hahahaha.. men2 je... senyum pun dah ok.. hahaha...sebab lain aku potong rambut ni kerana dah nak start praktikal dah so kena la semart sket.. hahahaha... tu je aku nak mengarut x mo dah ngarut panjang2 macam post sblm ni nnt ramai lak peminat payah.. hahahah seperti biasa trademark kte.. ready ready.. satu... dua. tiga... hahahahaha wakakakakaka... gelak sokmo kte..hahaha

Monday, March 22, 2010

Oh Cita Cita

BOLA!! BOLA!! BOLA!!.. bende ni la yang aku slalu men dan dah biasa sejak aku berumur 6 tahun lagi....sbb ape aku kenal permainan bola sepak ni ialah kerana depan umah aku ada padang bola yang bersebelahan dengan satu surau ni yang diberi gelaran Surau I sebb dia terletak kat Jalan I so padang dan surau pun masing2 dipanggil surau dan padang I..huhuhuhu mmg best nama..pada peringkat sekolah rendah lagi aku dah start men bola ngan membe2 aku siap ade team sendri lagi..boot mahal pertama aku ialah boot ambros yang harganya RM49.90 yang mana ayah aku yang belikan.. aku mane la ade duit masa sekolah rendah dlu..dengan kasut ni la aku pakai sampai aku habis sekolah rendah.. banyak gak pertandingan aku menang masa sekolah rendah dlu tapi x de la sampai jadi wakil sekolah.. just underground je.. huhuhuhu.. masuk pulak sekolah menengah aku ingat lagi masa tu form 1, cikgu kelas aku ade buat satu survey dimana dia akan tanya kepada student2 dia apakah cita2 diorang ble dah besa.. kebanyakkanye semuanye nak jadi polis la aska la, agkasawan la dan lain2.. aku dengan bangganya menyatakan cikgu!.. saya nak jadi pemain bola cikgu!.. pop cikgu tu tergamam..dia pun cakap kamu nak jadi pemain bola ke??.. ye la cikgu... cikgu nak kena pelempang ke??.. x paham bahasa malaysia??(hahaha ni aku men2 je gile ko cakap ngan cikgu macam ni.. mampos ko kena sula.. hahaha) so dia pun bagi la nasihat sebb akunye cita2 ni lain daripada yang lain...dia cakap kamu kalo nak jadi pemain bola bukan skill je kena ada.. yang penting skang ni kamu kena ada stamina.. banyak player2 malaysia skang ni (masa tu tahun 2001) x de stamina so kamu kena kuatkan stamina kamu kalo kamu nak lawan dengan orang2 kat lua sana...maksud dia kena taff la. hahaha...so sampai skang aku x up stamina aku lagi.. wakakakaka.. skang ni dalam usaha untuk menaikkan stamina la..masa kat sekolah menengah aku telah menubuhkan satu pasukan bola sepak yang tidak sengaja diberi nama Italy sbb jersi yang ktorang pakai tu jersey Italy.. aku beli kat golok je.. huhuhu.. pasukan aku ni kekal sampai la PMR lepas je dari PMR ramai yang dah x de sebb banyak masuk sekolah teknik la MRSM la ape la.. aku je yang stay lagi kat sekolah tu.. so ape aku buat tuk meneruskan usaha aku dalam meningkatkan lagi skill permainan aku??... aku pun join la Team abang aku yang kebanyakkanya semua 3-4 tahun lagi besa daripada aku tapi aku slalu je men ngan diorang petang kat padang I tu.. oh lpe nak cakap yang aku train hari2 kat padang I tu ngan budak2 taman melawati...walaupun aku dah join team Padang I kurang jugak la dapat main full time ble ngan diorang.. hahahaha tapi rasa puas la dapat men tiap2 minggu padang besa..dimana padang ni mmg menjadi tumpuan pasukan2 hebat taman melawati.. padang ni diberi nama padang K, skali lagi sbb padang ni terletak kat jalan K.. huhuhu..tapi skang padang ni dah xde sbb dah dijadikan Masjid..habis je sekolah menengah aku masuk UNITEN.. fuh UNITEN punya player2 dia lagi la hebat2 hahaha.... 1st team aku join ialah team kaizer dimana semuanye dak2 batch aku semua foundation lagi masa tu...selapas join team kaizer aku masuk la pulak team spurs ni.. team ni aku stay paling lama la sbb aku ske ngan semangat diorang.. walaupun mereka baru je nak berjinak2 tapi mereka ada semangat.. buat pengetahuan korang semua game spurs x penah menang satu match pun sepanjang kami main UNITEN cup... haha tapi jangan gelak.. walaupun kami kalah kami tetap ada semangat untuk bermain.. inilah yang aku katakan semangat kesukanan dimana tidak pernah ada erti menyerah kalah.. ala kalah je pun bukannye mati pun. atleast ktorang dapat experience yang berharga.. spurs skang ni aku tgk dah makin maju budak2 pun dah mula tahu macam mana nak training dan mula up stamina.. aku pun dah start mengorak langkah yang besa sebb aim aku nak men peringkat DUNIA KOT!!!.. hahaha...aku harap dak2 spurs akan join UNITEN cup yang mungkin terakhir sbb ktorang dah nak grad.. aim aku ialah ktorang nak jadi JUARA.. akan aku buktikan.. hahahaha.. bapak panjang wey aku taip. ni x habis lagi ni... hahaha banyak part pasal bola dalam diri aku telah aku potong ni.. ni belum masuk part ice breaking dalam kelas english lagi la... hahahahaha.. ok la takat ni je la aku nak tulis pasal kerjaya bola aku ni.. nak taip panjang2 takut x muat blog.. hahaha.. nak tau lebih lanjut jum kte borak kedai kopi.. huhuhuhu...bye.. aku nak g makan mcd ngan mmb aku.. hahahaha.. skali lagi trademark kte.. wakakaka gelak sokmo.. huhuhu

Kisah Monyet dan Pisang

MONYET DAN PISANG~~.. mesti korang tertanya2 kenapa nama blog aku monyet dan pisang.. kenapa x monyet dan kera ke?, monyet dan sambal belacan ke?, ataupun monyet dan bunga..cerita ini akan aku adaptasikan dalam satu kejadian yang berlaku kira2 tiga ribu lima ratus tahun yang dahulu, dimana manusia belum lagi menjadi penghuni majoriti diatas muka bumi ini. Pada zaman ini terdapatnya hutan rimba yang agak tebal diseluruh muka bumi ini.. pada ketika ini banyak tanah2 bercantum antara satu sama lain..diantara tanah2 yang bercantum itu terdapat 3 tanah besar kesemuanya dimana tanah yang pertama dikuasai oleh kaum manusia yang pada ketika itu adalah kaum yang paling maju sekali dikalangan ketiga2 tanah tersebut.. dan 2 tanah lagi dikuasai oleh kaum monyet yang hanya tahu menanam dan makan pisang sahaja...Cerita ini akan lebih focus kepada jajahan yang dikuasi oleh kaum monyet dimana pada ketika itu kaum manusia sudah mula ingin meluaskan lagi jajahan mereka ke seluruh pelusuk muka bumi...maka jajahan monyet akan menjadi mangsa kepada ketamakan manusia pada ketika itu..didalam 2 tanah jajahan monyet ini terdapat 12 pentadbiran kesemuanya dan masing2 diketuai oleh seekor monyet yang mempunyai bakat2 yang hebat...setiap seekor monyet ini mempunyai identiti pisang masing2 dimana pisang ini menunjukan apakah kemahiran dan kekuatan yang mereka ada serta menjadi tanda ketua kepada pentadbiran masing2.....setakat disini dahulu pembukaan cerita ini dan akan bersambung dikemudian hari, oleh itu korang kena tunggu sebb persoalan yang aku tujukan kepada korang semua masih belum terjawab lagi.... apakah hubungkaitnya nama blog ini dan cerita diatas??...apakah keistimewaan kedua belas2 monyet diatas?? dan apakah cara yang mereka akan fikirkan untuk menyekat kemaraan kaum manusia??..semua ini mungkin terjawab dihari dan waktu yang akan diberi tahu kelak....

Friday, March 19, 2010

Kisah Botol



BOTOL!!!!.. for your information, the force that we estimate is the maximum total BOTOL that we can... bla bla bla.. cibai ape.. klua jugak perkataan BOTOL tu masa aku buat presentation pagi td.. tapi nak wat camne dah mmg nak jadi camtu..hahaha dlu masa presentation measurement pun aku cakap BOTOL gak ish3... bottle mmg aku x leh sebut kot.. dah bunyi pun nak sama.. budak2 yang duk usa aku present pun tergelak.. so ok la kot kasi diorang gelak sket.. attention grabber la kot.. btol ke?.. hahaha.. so far presentation ktorang ok sbb adenya 2 orang mamat yang power speech.. sorang tu debator dan sorang lagi tu dah ala2 duk US dah aku tgk..mikhail pun x boleh nak tanya soklan sbb... tah aku pun x tau asal..slide yang dibuat oleh bimbi agak cun.. hahahaha ala2 style music box punye template.. mungkin sbb nama group ktorang medibox tu sama ngan music box kot... tapi mmg aku x rasa puas la present kat depan tu sbb masa singkat sangat.. x pun aku yang banyak skip masa present tu yang aku nye part jadi pendek.. huhuhu.. walaubagaimanapun aku rasa mungkin sem depan boleh buat lagi kot untuk fyp aku nnt haha.. kena beli laser pointer tuk fyp presentation nnt bak kata mikhail.. panjang gle taip natang ni dengan atip ade kat sebelah aku menyemak kat sblh.. tunggu la aku post baru baca ni duk intai.. bdo punye ayam.. hahahaha... wakakakaka gelak sokmo kte... wakakaka..

Thursday, March 18, 2010

Esok Akan Berakhir Semuanya!!!!

ESOK!!!! adalah hari terakhir bagi minggu yang amat memenatkan bagi aku... semua usaha akan dipersembahkan dalam presentation esok dimana aku pun x prepare ape lagi nak cakap ape... hahahaha.. slide pun x dapat2 lagi ni punya la slow mmb aku si bimbi tu send email kat aku....lepas presentation esok maka berakhir la sudah semua project2 yang membebankan tulang belakang sampai x boleh tdo 2-3 hari kot...cuma yang tinggal hanya la proposal tecom yang mana aku kena buat bahagian site.. senang kot, kalo payah suruh mmb suruhan aku muiz la yang buat sebb kebanyakkan assignment sem ni dia yang tolong tunjukkan camne nak buat walaupun aku tahu dia pun tiru daripada orang lain tapi dia ade usaha untuk menyiapkan segala assignment yang diberi oleh lecturer2 kami.. beruntung aku sama kelas ngan dia sepanjang sem ni.. terima kasih diucapkan kepada rakan serumah gila ku UDIN!!!!... wakakakakaka....entah apsal sem ni aku banyak tengok orang lain punye kerja je.. malas nak buat sendri.. mungkin sebab dah bosan study kot.. dah masuk tahun ke 4 aku kat uniten selapas aku menamatkan 5 tahun pembelajaran di SMKTM dan 6 tahun dekat SRKTM korang kira la berapa tahun da aku study.. rasa dah macam biasa sgt dah style study jenis macam ni... duk asik g kelas balik kelas.. sekali sekala nak jugak merasa buat research ke ape ke study style lain la plak.. tgk la camne.. huhuhuhuhu.. panjangnye aku taip.. wakakakaka bapak a..esok present harap2 la cuma mr mikhail je yang ada.. dia tu sempoi sket..huhuhuhu kalo faris tu mati la kena tanya soklan KILLERR!!!! hahahaha.. ape2 pun tdo kena cukup chow.. wakakakakaka.. gelak sokmo kte...

Perjalanan Bermula

OH YEAH~~~ gembiranya dalam hati ini apabila surat yang aku hanta kepada satu company ni dibalas dan jawapan yang diberikan sangat mengembirakan aku sebab dipelawa untuk menyertai krew diorang.. ala2 join krew monkey D. luffy dalam one piece a.. hahahaha.. company tersebut adalah planetarium negara yang mana mereka ini memberi pengetahuan kepada orang awam tentang angkasa lepas, aku pun x penah pergi sebenarnya so kena la buat lawatan sebelum mula practikal..huhuhuhu..dia tulis aku akan diberi tunjuk ajar untuk mengendalikan bangunan tersebut..main2 dengan teleskop la kot.. hahaha..belum cuba belum tahu..harap2 banyak bende yang boleh dilakukan xde la bosan walaupun tidak diberi elaun.. elaun aku x kisah sangat sebab dah dapat mara x perlu la tamak2 halobe buncit perut kang.. hahahahaha...entah ada kena mengena ke tak dengan mechanical engineering yang aku balaja kat uniten....tapi rasa bende ni macam lain daripada budak2 mechi yang lain sbb diorang banyak ambik oil dan gas dan bende2 berkenaan machine. Problemnye planetarium ni ialah dia ni terletak kat tegah2 KL mmg malas btol aku nak bawak kete masuk KL macam harem banyaknya kereta dalam KL tu..mungkin aku akan naik KTM la kot.. buat masa ni tu je nak cerita sbb ada banyak lagi ni tapi simpan buat bekalan hari esok nnt kang x de bende plak nak update..huhuh

Page Industrial Training -Industrial Training