Sunday, July 4, 2010

Ku Bersamamu


WOOO~~~... jumaat lepas baru sahaja habis presentation untuk LI aku dekat planetarium... presentation jumaat lepas adalah presentation versi planet sbb minggu depan aku akan ada presentation yang lain plak dekat uniten... juga berkenaan LI.. satu pengalaman yang agak menarik la present pada hari tersebut sbb aku cuba membuatkanya lebih kepada secara bebas bagi diri aku.. sbb aku just pergi depan dan bercakap sahaja mengikut sedap.. huhuhu.. mmg la sesuatu yang agak kurang bijak kalo nak buat presentation macam tu.. tetapi bayangkan ade 6 presentation pada hari itu dan ktorang semua buat dalam meeting room... yang x bestnya ialah bila nak present tu ktorang kat blakang so penonton hanya nmpk slide sahaja diorang x nampak pun ktorang yang present tu sbb kat blakang....

So aku pun membuat keputusan untuk pergi btol2 kat depan slide tu dan present.. berbeza dengan student2 lain sbb aku lebih suka lain daripada yang lain.. aku meminta bantuan dari mereka untuk menjaga slide aku so aku boleh la membawa mic ke depan dan melalak (present)... untuk present tu mmg aku x prepare ape2 sebab aku nak practice bercakap secara spontan dan melatih critical thinking.. lagipun bende yang aku nak present tu mmg aku mahir dan tahu sangat senang la bagi aku untuk explain.. cuma ayat je berterabur.. sebab tu aku cakap aku nak practice.. huhuhu.. supaya ia akan menjadi satu pengalaman yang berguna bile aku dah kerja dan nak present kat orang.. orang lebih suka kalo present dengan cara macam ini.. diorang akan rasa lebih dekat dengan aku dan yakin.. walupun ayat berterabur tetapi aku rasa bende yang paling penting ialah mereka paham dengan jelas dan berasa tertarik dengan apa yang aku nak cakapkan...

Bende yang aku present cuma ape yang aku buat kat planetarium je.. tu je xde bende2 pelik pun.. walaupun aku rasa tidak puas hati pada masa itu kerana aku present cepat sangat (salah aku).. lagi pun jam pun dah nak pukul 12 dan ade lagi 2 student lom present dengan ktorang nak keja masa sebb ada majlis makan2 serta nak pergi solat jumaat plak.. mmg kalo banyak2 presentation yang aku buat bende yang aku paling x puas hati dengan presentation aku ialah masa yang aku gne kan... aku slalunye akn cut2 akunye presentation menjadi ringkas.. x tahu kenapa sebab kalo sblm presentation tu punye la banyak bende nak aku cakap.. skali g kat depan hampeh.. hahaha.. x pe lain kali aku akan try buat klua semuanya... terima kasih kepada yang menjayakan presntation pada hari itu...



Disini aku ingin mengambil kesempatan didalam post yang begitu panjang dan lebar.. aku x tahu asal sbb aku tgh frust spain menang lawan paraguay td.. mmb aku banyak spain so aku x leh kutuk diorang dem.. hahaha... disini aku ingin memohon maaf kepada mereka yang bersama2 dengan aku sepanjang LI aku di planetarium... terutama en redzuan yang banyak membantu dan memberi bende2 pelik kat aku... hahaha.... dan aku berasa amat menyesal kerana aku tidak dapat memberikan update yang terbaik didalam blog ini berkaitan dengan LI aku.. aku hanya dan post 7 hari je dekat blog ni.. tetapi walaupun tujuh hari aku rasakan ianya sudah cukup untuk menceritakan apa yang aku lakukan di planet... 7 hari itu ibarat rumusan kerana di dalam ketujuh2 post tu telah aku terangkan senarai kerja2 aku dan kalo nak diikutkan selama tiga bulan tu aku belajar dengan mendalam tentang kesemua tugas2 aku itu... mungkin aku akan upload report aku supaya dapat kte kongsi bersama apa yang aku belajar di planet selama 3 bulan disana...


Begitu juga aku ingin memohon maaf kepada pihak uniten terutama en ibrahim yang sudi melawat aku di planetarium.. memohon maaf kerana tidak dapat megupdate blog selalu kerana saya bukanya blogger yang tegar.. tetapi dengan adanya bende2 ni maka aku kenal apa itu blog dan makin hari makin berasa sronok plak memblog ni.. mungkin aku tidak dapat megupdate kerana busy dengan tugasan harian dan penat selapas balik bekerja (culture shock la katakan hahaha).. tetapi ianya telah menjadi satu pemankin untuk aku terus menaip dengan laju dan entah ape2 tah ni.. hahaha...


Sebelum mengundur diri aku mmg ingin meminta maaf dan merasa diri ini teramatla lemah.. tapi walau apa pun bende ni kena ambil sebagai satu border atau kayu pengukur untuk terus maju kehadapan dan berfikir secara bernas dan menggunkan akal dengan sebaik mungkin didalam kehidupan... disini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang bersama2 menjayakan LI ku di planetarium negara.. walaupun aku tidak sempat menulis kesemua nama tetapi ketahui la bahawasanya anda semua mmg satu pengalaman yang amat menakjubkan dan banyak memberikan bende2 baru yang mmg tidak ada di tempat2 lain.... dengan cara yang biasa saya mengakhiri post bersamamu yang panjang lebar ini dengan trademark yang tidak lain dan tidak bukan... adakah anda sudah bersedia??... 1, 2, 3, hahahahahaahaha wakakakakaka.... gelak sokmo kte... wasalam dan Assalamualaikum... huhuhu tata titi tutu...

No comments:

Post a Comment